affordable treatment & medical solution
selamat datang ke
klinik dr. nina, salak tinggi
Berlokasi di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi. Waktu Rawatan setiap hari jam 9.00 pagi – 10.00 malam.
scan ultrasound kehamilan
Dalam tempoh kehamilan, pastinya anda akan melakukan prosedur scan kandungan! Ketika dapat melihat bayangan si manja pasti jadi momen yang menggembirakan ibu ayah. Ketahui apa yang boleh anda jangkakan ketika melakukan scan awal kehamilan.
buka buku pink
Persoalan masa yang sesuai untuk buka Buku Rekod Mengandung (Buku Pink) pastinya antara yang sering bermain di fikiran wanita yang pertama kali bergelar ibu, betul tak?
Buku pink ini boleh dibuka bermula dari minggu kehamilan keenam/kelapan. Jika anda terlewat untuk membuat buku pink, anda berisiko dikategorikan sebagai ‘late booking’.
imunisasi & pemeriksaan tumbesaran bayi
Sebagai ibubapa, memberikan imunisasi secara lengkap merupakan salah satu langkah penting untuk melindungi dan menjaga agar bayi membesar dengan sihat. Manfaat dari vaksin atau imunisasi dapat mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan.
Kaedah perancangan keluarga
Perancangan keluarga adalah sangat penting untuk kesihatan ibu. Ibu yang telah melahirkan anak adalah di galakkan untuk menjarakkan kehamilan yang seterusnya. Dengan merancang kehamilan, ibu-ibu dapat memilih masa yang sesuai untuk hamil. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Imunisasi dewasa
Selain dari anak kecil yang memerlukan vaksin, orang dewasa juga turut memerlukan vaksin. Semestinya, ianya sangat penting untuk melindungi tubuh dari penyakit yang sering dihidap oleh orang dewasa. Untuk maklumat lanjut, hubungi kami segera.
Khatan kanak-kanak
Berkhatan adalah prosedur pembedahan kecil untuk membuang sebahagian kulit yang menutupi kepala zakar.
Antara sebab perlu berkhatan adalah kerana tuntutan agama Islam, untuk mengelakkan dijangkiti penyakit atau untuk menjaga kebersihan pada daerah kemaluan.
pemeriksaan kesihatan
Saringan kesihatan adalah cara yang amat berkesan untuk mengesan sebarang penyakit atau masalah perubatan, meskipun tanda-tanda masih belum kelihatan.
Pengesanan awal dapat memberi peluang terbaik untuk mengawal kesihatan dengan mendapatkan rawatan yang sewajarnya pada waktu yang tepat.
pemeriksaan alergi
Alahan merupakan keadaan di mana tubuh atau organ tertentu pesakit mengalami tahap sensitif melebihi tahap normal terhadap persekitaran seperti habuk dan debunga, makanan, ubat-ubatan atau bahan kimia tertentu. Ujian yang dilakukan semudah pengambilan sampel darah dari pesakit. Dapatkan konsultasi untuk maklumat lanjut.
swab covid-19
Dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19, adalah penting untuk terus mengamalkan penjarakan sosial dan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan. Walaupun sudah divaksin, risiko untuk menghidap COVID-19 masih ada. Hubungi untuk mendapatkan ujian RTK atau PCR beserta notifikasi MySejahtera.
influenza
Penyakit Influenza adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Ketahui lebih lanjut tentang gejala, ujian dan rawatan khusus influenza yang disediakan.
klinik panel kepada
hubungi kami
medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi
Inginkan panduan dan nasihat mengenai kesihatan? Singgah di klinik kami!
- 9, Jalan ST 1C/6, Bandar Baru Salak Tinggi
- +603 8705 4776
- klinikdrnina.urus@gmail.com